Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memberi penjelasan awal kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) berhubung isu pelantikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Kumpulan (PGCE), Jalil Abdul Rasheed, pada hari ini.
Syarikat itu turut menyatakan bahawa mereka memandang serius tentang kenyataan terbuka SC bertarikh 18 Jun lalu.
Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyiasat proses pelantikan bekas PGCE PNB.
Badan itu menyatakan bahawa berdasarkan Garis Panduan Perlesenan SC, pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) harus meminta persetujuan SC terlebih dahulu untuk melantik ketua eksekutifnya, kata SC dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Melalui proses ini, pemegang lesen CMSL dan lembaga pengarahnya diminta untuk melakukan usaha yang sewajarnya berkaitan kemampuan dan kecekapan mana-mana individu untuk memimpin entiti berlesen CMSL ini. Ini termasuk menilai, antara lain, kemampuan individu itu untuk melaksanakan kemahiran dan ketekunan sewajarnya dalam menjawat jawatan tersebut.
Di samping itu, SC menyatakan bahawa mereka akan melakukan penilaian peraturan mengenai latar belakang individu dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.
Menurut SC, keperluan dan amalan SC ini adalah setanding dengan tahap yang diterapkan oleh pengawal selia pasaran modal lain di rantau ini.
Sebagai pemegang CMSL, PNB diminta untuk memastikan bahawa semua maklumat yang diserahkan kepada SC untuk pelantikan bekas ketuanya, termasuk pengalaman kerjanya dan kelayakan akademik yang disediakan dalam borang permohonan dan dokumen sokongan, adalah benar.
Keperluan ini dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan yang berkaitan.
Dalam hal ini, PNB telah menyatakan kepada SC bahawa semua maklumat yang diberikan dalam penyerahannya kepada SC untuk pelantikan bekas ketua mereka, adalah benar dan betul.
Baru-baru ini, SC diberitahu mengenai percanggahan maklumat dalam penyerahan syarikat kepada SC berhubung dengan kelayakan akademik dan pengalaman kerja bekas ketua mereka.
SC menyatakan bahawa mereka telah menjalankan siasatan yang sewajarnya, dan telah mendapat pengesahan tentang percanggahan maklumat ini.
SC turut berkata, pihak PNB belum memberi penjelasan tentang percanggahan maklumat ini, namun perkara ini telah dikemas kini oleh PNB dalam satu respon hari ini.
Astro Awani
Fri Jun 19 2020
Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyiasat proses pelantikan Jalil Abdul Rasheed. - Gambar fail
Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
PTVM harap ekosistem kondusif bagi industri kandungan televisyen
Industri kandungan perlu dibentuk dengan lebih berstruktur bagi memastikan daya saing dan kemampuan menarik pihak korporat untuk melabur.
Angin kencang runtuhkan pentas politik di Mexico
Sebuah pentas perhimpunan kempen pilihan raya Mexico runtuh pada Rabu, menyebabkan 9 majut dan berpuluh lagi cedera susulan angin kencang
Perjalanan terakhir: Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis.
Protes universiti: Pelajar Harvard tamat pengajian protes untuk Gaza
Polis Britain menahan 16 individu kerana disyaki melakukan pencerobohan di Universiti Oxford pada Khamis, selepas penunjuk perasaan pro-Palestin mengadakan protes di pejabat naib canselor universiti.
Kekejaman zionis: Israel membedil stor milik kementerian, 12 terbunuh
Sejumlah 12 rakyat Palestin terbunuh apabila tentera Israel membedil sebuah stor milik kementerian kebajikan di timur bandar Deir Al-Balah di tengah Semenanjung Gaza pada Khamis.
Kekejaman zionis: PBB sambung semula bantuan melalui jeti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengangkutan bantuan kemanusiaan yang tiba di jeti binaan Amerika Syarikat di luar pantai Semenanjung Gaza.
Industri landskap sasar sumbang 3.5 peratus KDNK menjelang 2035
Sasaran itu bakal disusuli dengan beberapa pelan tindakan melalui Blue Print Industry Landscape.
Kekejaman zionis: Keputusan Mahkamah Dunia mengenai serangan Rafah hari ini
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan membuat keputusan pada Jumaat, mengenai permintaan Afrika Selatan untuk memerintahkan penghentian serangan Israel di Rafah, Gaza.
“Makkah Route Initiative” permudahkan urusan bagasi, perjalanan jemaah haji Malaysia
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada "Makkah Route Initiative" yang kini memasuki tahun keenam.
Jalil Rasheed bukan graduan LSE
Pihak London School of Economics and Political Science (LSE) mengesahkan Jalil Rasheed bukan graduannya.
PNB perjelas kepada SC berhubung isu pelantikan bekas Presiden
PNB memandang serius kenyataan yang dikeluarkan SC bertarikh 18 Jun 2020, sebuah penjelasan awal telah diberikan kepada SC hari ini, dan penjelasan lebih terperinci akan menyusul.
PNB umum 16 pengurusan kanan baharu, wujudkan bahagian Perbendaharaan
PNB mewujudkan bahagian baharu - Perbendaharaan - dengan tujuan untuk memperkasakan unit pelaburan dan pengurusan barisan baharu PNB.
Jalil mulakan tugas CEO PNB pada 1 Oktober - Abdul Rahman
Perkara ini disahkan oleh Presiden dan CEO PNB sekarang, Datuk Abdul Rahman Ahmad melalui sebuah sidang taklimat khas yang diadakan di ibu pejabat PNB petang Rabu.